PETRONAS Menganjurkan Program Supervisor Forum di Kem Kongkoi, Jelebu Negeri Sembilan

PETRONAS Menganjurkan Program Supervisor Forum di Kem Kongkoi, Jelebu Negeri Sembilan

10 November 2023 – PETRONAS dengan kerjasama UPNM Holdings telah menganjurkan program Supervisor Forum pada 07 hingga 10 November 2023 bertempat di Pusat Kepimpinan dan Latihan, Kem Kongkoi UPNM Jelebu, Negeri Sembilan.

Seramai 30 peserta menyertai program ini bagi memupuk nilai kepimpinan, teknik menyelesaikan konflik, teknik membina pasukan, membuat perancangan, bekerjasama dlm kumpulan, kesetian, intergriti dan saling hormat hormati. Bagi meningkatkan lagi kopentensi, peserta diberi tiga (3) elemen pembelajaran iaitu Knowledge, Skill dan Attitude.

Dengan aktiviti-aktiviti yang di anjurkan di Pusat Kepimpinan dan Latihan, Kem Kongkoi UPNM seperti latihan memperkasa kepimpinan, ice breaking, latihan kecergasan fizikal, survival hutan dan pelbagai lagi diharap dapat meningkatkan kerjasama dan memperkasakan lagi mutu perkhidmatan kakitangan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBHG Dato’ Sri Zulkifli Abdullah (Pengurus Besar Kanan, Keselamatan Kumpulan Petronas). Turut dihadiri oleh En Ros Sazalee bin Selamat, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif UPNMHSB dan pelatih-pelatih Kem Kongkoi yang banyak membantu menjayakan program ini.

Diharapkan program ini dapat menghasilkan kriteria yang bertanggungjawab dengan idea inovasi dan menambah pembelajaran mengenai tiga (3) elemen di kalangan peserta yang perlu dilaksanakan di organisasi.

Similar Posts