UPNM Holdings Sdn Bhd meterai MoU bersama Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban

3 Julai 2024 – Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai antara UPNM Holdings Sdn Bhd (UPNMHSB) dan Sekolah Kebangsaan King George V (SK KGV), Seremban. Majlis menandatangani MoU ini diadakan di SK KGV dengan kehadiran beberapa tokoh penting dari kedua-dua pihak.

Antara yang hadir ialah:

  • En Zakri bin Abd Aziz, Guru Besar SK KGV
  • En Ros Sazalee bin Selamat, Ketua Pegawai Operasi UPNMHSB
  • Kapt (Bersara) Fazdlan Waridwan bin Mohd Jonikhir, Eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran UPNMHSB
  • Puan Mahani binti Mohd Baseri, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK KGV

Objektif utama MoU ini adalah untuk meneruskan inisiatif yang telah dimulakan oleh program Kem Pengawas SK KGV di Kem Kongkoi pada 24-26 Mei 2024 yang lalu. Program tersebut telah memberikan impak yang positif kepada para pelajar dan guru, dan MoU ini dijangka akan memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Melalui MoU ini, UPNMHSB dan SK KGV berhasrat untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan lagi momentum aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. Kerjasama ini dijangka akan memberikan manfaat besar kepada para pelajar dan guru dalam bentuk pelbagai program dan aktiviti yang akan dianjurkan bersama.

Guru Besar SK KGV, En Zakri bin Abd Aziz, dalam ucapannya menyatakan rasa syukur dan penghargaan terhadap kesudian UPNMHSB untuk menjalin kerjasama ini. Beliau berharap agar kerjasama ini akan memberikan banyak peluang pembelajaran baru kepada pelajar dan meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah tersebut.

Similar Posts