Hari Keluarga UPNMHSB 2023

Hari Keluarga UPNMHSB 2023

20 – 22 Oktober 2023 – UPNM Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Hari Keluarga UPNMHSB 2023 di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik. Hari Keluarga ini dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud. Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah dan seramai 25 staf UPNMHSB yang terdiri daripada staf pengurusan dan Kem Kongkoi bersama keluarga masing-masing.

Program Hari Keluarga UPNMHSB merupakan medium untuk kakitangan UPNMHSB mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain serta menjadi salah satu wadah bagi menyatukan serta meningkatkan Kerjasama di dalam sebuah organisasi.

Hari Keluarga yang penuh ceria ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti kerohanian, sukaneka, bermain ATV, majlis makan malam serta tidak ketinggalan juga aktiviti cabutan bertuah.

Semoga dengan aktiviti sebegini dapat menguatkan lagi hubungan persaudaraan sesama staf UPNMHSB.

*Lihat Video pendek Di Bawah:

Play Video

Similar Posts