Program Kepimpinan & Pembangunan Profesional Perpustakaan UKM

15-16 Mei 2024 – Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Kepimpinan & Pembangunan Profesional di Kem Kongkoi. Program ini dihadiri oleh 43 staf perpustakaan UKM yakni sebagai peserta.

Program ini bertujuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan dalam menyelesaikan permasalahan serta memupuk tanggungjawab kepada ahli kumpulan dalam situasi genting dan kritikal. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengenali diri sendiri dan mereka yang berada di bawah pimpinan serta memperkukuhkan jati diri.

Aktiviti Program:

Hari Pertama:
– Sesi Pengenalan & Ice Breaking: Memperkenalkan peserta dan fasilitator serta membina keserasian melalui aktiviti interaktif.
– Merewang (Pertandingan Memasak): Aktiviti memasak secara berpasukan untuk menggalakkan kerjasama dan kreativiti.
– Tazkirah Maghrib & Amanat Ketua Perpustakawan: Pengisian rohani dan nasihat kepimpinan oleh Ketua Perpustakawan UKM.
– Night Walk: Aktiviti malam untuk membina keberanian dan kepercayaan dalam kumpulan.

Hari Kedua:
– Senaman Pagi: Aktiviti senaman untuk menyegarkan badan dan minda.
– Explorace & Flying Fox: Aktiviti fizikal yang mencabar kecerdasan, ketangkasan, dan semangat berpasukan.
– Ceramah Pengurusan Stress: Sesi untuk mengajar teknik pengurusan stress yang efektif.
– Majlis Penutup: Penyampaian sijil dan penghargaan kepada peserta.

Program ini berjaya mencapai objektifnya dan mempereratkan hubungan antara staf perpustakaan UKM. Diharapkan program seperti ini akan terus diadakan untuk membina barisan pemimpin yang berkaliber dan berintegriti.

Similar Posts