Perasmian Pembukaan Dolcezza Coffee UPNM
2 Mei 2024 – Dolcezza Coffee UPNM telah dirasmikan di Bangunan Jauhari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Majlis ini dirasmikan oleh Naib Canselor UPNM dan turut dihadiri oleh Pengerusi UPNM Holdings (Prof Madya Kehormat Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik) serta CEO Dolcezza Coffee (En. Syed Zahid bin Syed Mohamad) dan Pengurusan Tertinggi UPNM.
Majlis ini bertujuan melambangkan kejayaan UPNM Holdings dalam meningkatkan inisiatif penjanaan pendapatan yang berterusan dan dijangka menjadi tarikan baharu di kampus, menyediakan tempat yang selesa untuk warga universiti belajar dan bersosial. Ini adalah bukti komitmen UPNM Holdings dalam memajukan ekonomi kampus dan menawarkan perkhidmatan berkualiti.
Naib Canselor UPNM berharap Dolcezza Coffee dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik, menjadikan UPNM cemerlang dalam akademik dan pembangunan ekonomi. Semoga Dolcezza Coffee UPNM terus cemerlang pada masa hadapan.