|

Mesyuarat Lembaga Pengarah UPNM Holdings Sdn. Bhd. (UPNMHSB)

5 – 6 Julai 2024 – buat julung kalinya, UPNM Holdings Sdn. Bhd. (UPNMHSB) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bil 3/2024 di Pusat Latihan dan Kepimpinan UPNM, Kem Kongkoi Jelebu Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai isu strategik serta perancangan masa depan syarikat UPNMHSB, selain itu, Ahli Lembaga Pengarah Juga mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan staf di kem kongkoi selepas majlis makan malam dalam suasana yang lebih santai, sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

Keesokan harinya, ahli lembaga pengarah dan semua staf upnmhsb berkumpul untuk solat subuh berjemaah diikuti dengan mendengar tazkirah yang memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua yang hadir. Selepas itu, Ahli lembaga pengarah juga dibawa melawat sekitar Kem Kongkoi untuk meninjau keadaan fasiliti bagi tujuan memastikan semua fasiliti berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk digunakan. Aktiviti memanah dan flying fox sebagai acara sampingan turut diadakan.

Secara keseluruhannya, mesyuarat dan aktiviti yang diadakan di Kem Kongkoi ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya dalam memperkukuhkan lagi hubungan kerja antara ahli lembaga pengarah dan staf UPNMHSB. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja meningkatkan kerjasama tetapi juga memberikan pengalaman yang berharga kepada semua staf UPNMHSB

Similar Posts