Hari Keluarga Pejabat Ketua Setiausaha Negara di Kem Kongkoi Jelebu Negeri Sembilan
Hari Keluarga Pejabat Ketua Setiausaha Negara di Kem Kongkoi Jelebu Negeri Sembilan
22 Oktober 2023 – Pejabat Ketua Setiausaha Negara dengan kerjasama UPNM Holdings telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga KSN Tahun 2023 pada 20 hingga 22 Oktober 2023 bertempat di Pusat Kepimpinan dan Latihan, Kem Kongkoi UPNM Jelebu, Negeri Sembilan.
Sambutan Hari Keluarga ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan-kakitangan yang telah memberi komitmen yang tinggi di KSN.
Dengan aktiviti-aktiviti yang di anjurkan di Pusat Kepimpinan dan Latihan, Kem Kongkoi UPNM seperti latihan memperkasa kepimpinan, ice breaking, latihan kecergasan fizikal, survival hutan dan pelbagai lagi dapat meningkatkan kerjasama dan memperkasakan lagi mutu perkhidmatan kakitangan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali dan Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad sebagai Naib Canselor UPNM telah menyambut kedatangan Kakitangan KSN seramai 30 Orang Peserta.
Adalah diharapkan program ini dapat menghasilkan kriteria yang bertanggungjawab dengan idea inovasi yang berpotensi serta mencetus pemikiran kritis dan kreatif di kalangan peserta.
*Lihat Video pendek Di Bawah: