Hari Kedua : Jualan Rahmah Madani ANGKASA anjuran Koperasi UPNM (KUPENA)

26 November 2024 – Hari kedua Program Jualan Rahmah Madani ANGKASA (PJRMA) anjuran Koperasi UPNM Berhad telah berlangsung dengan jayanya di Courtyard, Bangunan Bestari, UPNM. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan warga UPNM dengan menyediakan pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Pada hari kedua ini, kami amat berbesar hati kerana Lt. Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, Naib Canselor UPNM, turut hadir untuk memberikan sokongan penuh kepada program ini. Kehadiran beliau memberi motivasi kepada semua pihak yang terlibat dan menunjukkan komitmen UPNM dalam memastikan kesejahteraan warga universiti tercapai.

Ahli Lembaga KUPENA bersama Prof Dato Dr Mujahid TNCAA UPNM

Alhamdulillah, kesemua barangan PJRMA habis dijual pada hari tersebut, yang mencerminkan sambutan luar biasa daripada warga UPNM. Ini juga menunjukkan bahawa program ini benar-benar memberi manfaat kepada semua, terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar.

Pada 25 November 2024, jumlah jualan yang dicatatkan adalah sebanyak RM 15,110.75, manakala pada 26 November 2024, jumlah jualan yang dicatatkan adalah RM 9,972.30. Ini menjadikan jumlah jualan keseluruhan bagi kedua-dua hari program sebanyak RM 25,083.05. kesemua barangan PJRMA habis dijual pada hari kedua, yang mencerminkan sambutan luar biasa daripada warga UPNM.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, termasuk kepada warga UPNM yang hadir dan memberikan sokongan padu. Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kebaikan bersama.

Similar Posts