Siri 2 Program Jualan Rahmah Madani ANGKASA anjuran Koperasi UPNM (KUPENA)

20 Disember 2024 – Siri 2 Program Jualan Rahmah Madani ANGKASA anjuran Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KUPENA) berakhir dengan jayanya pada 20 Disember 2024, mendapat sambutan hebat daripada warga UPNM. Diterajui oleh Dato’ Abdul Rahman Shaik, Pengerusi UPNM Holdings dan Lembaga Koperasi UPNM Berhad (KUPENA), program ini bertujuan menyediakan barangan asas berkualiti pada harga mampu milik sambil membantu mengurangkan beban kos sara hidup komuniti universiti. Walaupun kejayaan program ini amat membanggakan, beliau menegaskan perlunya penambahbaikan, termasuk memastikan ketersediaan barangan dan memperbaiki logistik untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Dato’ Abdul Rahman Shaik bertekad untuk meneruskan inisiatif koperasi yang memberi manfaat kepada warga UPNM, selaras dengan visi rahmah dan madani untuk kesejahteraan semua. Sebagai penutup, beliau menyeru warga universiti untuk terus memberi sokongan kepada program-program koperasi, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan komuniti UPNM secara keseluruhan.

Similar Posts