Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Pasir Mas Kelantan

28-29 Oktober 2024 – Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan. Program ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial yang bertujuan untuk mendekatkan pihak universiti dengan masyarakat setempat serta memberikan sokongan kepada usaha-usaha pembangunan komuniti.

 

Program ini telah dihadiri oleh beberapa individu penting, termasuk Pengerusi UPNMHSB, Prof. Madya Kehormat Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik Turut hadir dalam majlis tersebut adalah En. Ros Sazalee bin Selamat, Pengurus Besar UPNMHSB, serta staf-staf UPNMHSB yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program.

Antara tujuan utama penganjuran Program Satu Pemimpin Satu Kampung ini adalah untuk memberikan sokongan kepada komuniti setempat dan menyemarakkan semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk kampung. UPNMHSB mengambil peluang ini untuk membuka sebuah booth jualan merchandise UPNM bagi memperkenalkan produk-produk rasmi universiti serta menjana pendapatan tambahan bagi program-program kebajikan yang akan datang.

Selain itu, booth jualan juga bertujuan untuk mendekatkan pihak universiti dengan masyarakat luar, memperkenalkan lebih lanjut tentang UPNMHSB serta menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan pelbagai produk rasmi universiti.

Dengan penganjuran program seperti ini, UPNMHSB berharap dapat memperkukuhkan hubungan antara pihak universiti dengan komuniti setempat serta memberi impak positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan Pasir Mas. Program Santuni Madani juga merupakan salah satu langkah dalam menyokong agenda kerajaan bagi membina masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera dalam era transformasi negara.

Secara keseluruhan, program ini telah memberikan peluang kepada semua pihak untuk berkolaborasi dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat, memperkasa pendidikan, serta menyokong kesejahteraan sosial melalui aktiviti yang bermanfaat.

 

Similar Posts