Bengkel antara UPNM Holdings Sdn Bhd dan UM Holdings Sdn Bhd
6 November 2024 – Satu bengkel yang melibatkan UPNM Holdings Sdn Bhd (UPNMHSB) dan UM Holdings Sdn Bhd (UM Holdings) telah diadakan di ibu pejabat UM Holdings, Universiti Malaya. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi dalam usaha bersama untuk memacu kemajuan, pembangunan dan inovasi pada masa akan datang.
Antara hadirin yamg terlibat dalam bengkel tersebut ialah dari pihak UPNM Holdings iaitu Kapt Fazdlan Waridwan bin Mohd Jonikhir, Nurfazlia binti Ahmad Noor (Eksekutif Operasi) dan Muhammad Iqmal Hakimi bin Sufian (Eksekutif Akaun), Manakala daripada pihak UM Holdings ialah En. Eddy Erwan bin Zakaria (Vice President 2, Business & Ecosystem Development), En. Amzar Amat Sain (Vice President 1, Group Corporate Strategy), En. Mohamad Shah Ahmad Rosli (Vice President 2, Business & Ecosystem Development) dan En. Shazrin Shah Mohd Norshah (Head Group Governance Officer).
Bengkel ini diadakan dengan tujuan utama untuk meneroka cara kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam pelbagai aspek, termasuk pembangunan ekosistem perniagaan, strategi korporat dan inovasi. Kedua-dua pihak berhasrat untuk mengidentifikasi peluang-peluang yang dapat memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran, serta memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi negara.
Bengkel ini berakhir dengan kesepakatan kedua-dua pihak untuk terus menjalin perbincangan dan mengembangkan peluang kerjasama yang lebih luas di masa hadapan. Kedua-dua pihak sepakat bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada mereka, tetapi juga kepada masyarakat melalui pembangunan sosial dan ekonomi yang lebih inklusif.
Dengan latar belakang masing-masing yang kukuh dalam bidang pengurusan dan pembangunan ekosistem, UPNM Holdings dan UM Holdings berharap dapat mencipta sinergi yang lebih besar melalui kerjasama ini. Ia diharap dapat membuka lebih banyak peluang baru dalam bidang pendidikan, perniagaan, teknologi dan inovasi, serta membawa manfaat yang signifikan kepada negara.
Bengkel ini merupakan langkah pertama dalam membentuk hubungan yang lebih erat antara kedua-dua organisasi. Dalam jangka panjang, kerjasama yang terjalin ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan berterusan kedua-dua pihak serta memberi impak positif kepada komuniti yang lebih luas.