UPNM Holdings Terlibat dalam Ibadah Korban
20 Jun 2024 – Bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melaksanaan ibadah korban bagi bertujuan memenuhi tuntutan agama dan memupuk semangat kesepaduan. Acara ini disertai oleh staf UPNM Holdings bagi menyempurnakan ibadah korban dengan penuh penghormatan dan mengikut syariat yang telah ditetapkan.
Ibadah korban ini merupakan salah satu cara untuk menyantuni golongan yang memerlukan serta mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan dan staf UPNM Holdings. Semangat memberi dan berkongsi yang ditonjolkan dalam acara ini diharap dapat menjadi teladan yang baik serta memperkuatkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan warga kerja UPNM Holdings.
Dengan selesainya acara korban ini, staf yang hadir pulang dengan hati yang penuh syukur dan gembira kerana dapat menyertai ibadah yang membawa banyak keberkatan dan manfaat. Semoga UPNM Holdings terus berusaha dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan memperkukuhkan nilai-nilai murni di kalangan stafnya.