Majlis Berbuka Puasa UPNM Holdings
3 April 2024 – Majlis berbuka puasa UPNM Holdings telah diadakan di Tenera Hotel, Bangi. Majlis yang dihadiri pengurusan UPNM Holdings ini menandakan semangat kesatuan dan kebersamaan dalam menyambut bulan Ramadan.
Antara mereka yang hadir Prof Madya Kehormat Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik (Pengerusi), En Malik Parvez Ahmad bin Nazir Ahmad (Lembaga Pengarah), Datin Noorazah Binti Omar (Lembaga Pengarah) serta En. Ros Sazalee Bin Selamat (Ketua Pegawai Operasi COO), bersama pengurusan-pengurusan lain UPNM Holdings.
Majlis berbuka puasa ini diadakan dengan tujuan mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan staf-staf syarikat, serta memupuk nilai-nilai keagamaan dan kebersamaan dalam suasana yang penuh berkat.
Atmosfera yang penuh dengan kegembiraan dan kehangatan telah mewarnai majlis berbuka puasa ini dan ianya menjadi satu pengalaman yang berharga dan bermakna bagi semua pihak yang terlibat. Ia bukan sahaja mempereratkan hubungan antara mereka, tetapi juga membawa keceriaan dan keberkatan dalam menyambut bulan Ramadan.Dengan semangat kebersamaan yang terus dipupuk melalui aktiviti seperti ini, UPNM Holdings akan terus maju ke hadapan.