Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Asrama SMK Agama Kuala Lumpur
27 Januari 2024, Kem Kongkoi – Dengan semangat yang penuh keceriaan dan semangat kepimpinan, seramai 80 pelajar dan 8 guru pengiring dari SMK Agama Kuala Lumpur telah menyertai Kem Kepimpinan Pengawas yang diadakan di Kem Kongkoi pada 23 hingga 25 Januari 2024.
Kem ini diaturkan dengan beberapa objektif utama untuk memperkukuhkan kepimpinan di kalangan para pengawas sekolah dan asrama. Antara objektif tersebut termasuk mewujudkan ahli kepimpinan dalam satu kumpulan, memberi keyakinan kepada diri sendiri dalam memimpin sebuah organisasi, serta memupuk nilai-nilai kreatif, semangat setia kawan, kepercayaan, dan keyakinan pada diri sendiri.
Hari Pertama:
Dengan suasana yang nyaman, pelajar-pelajar terlibat dalam aktiviti ice breaking yang membolehkan mereka berinteraksi dan membina keakraban. Aktiviti seterusnya adalah permainan kotak beracun yang melibatkan kerjasama dan strategi. Hari pertama ditutup dengan night walk yang memberi peluang kepada mereka untuk menguji ketahanan mental dan keberanian.
Hari Kedua:
Senaman pagi diiringi dengan semangat kesukanan menyusuri hutan (jungle tracking), ujian kemahiran berenang (water confident), dan pengalaman melintasi tasik (lake crossing). Malamnya, para peserta menikmati BBQ bersama sambil berkongsi cerita dan pengalaman.
Hari Ketiga:
Dengan semangat yang masih berkobar, hari ketiga dimulakan dengan senaman pagi yang menyegarkan. Aktiviti seterusnya adalah explorace yang menguji daya pemikiran, kerjasama, dan kecekalan fizikal peserta. Kem berakhir dengan majlis penutup yang meriah, di mana kejayaan dan sumbangan setiap peserta diperingati.
Kem Kepimpinan Pengawas ini tidak hanya memberikan pengalaman ketahanan mental dan fizikal kepada peserta, tetapi juga meningkatkan kemahiran kepimpinan dan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Guru-guru pengiring juga melibatkan diri dalam memberikan bimbingan dan sokongan kepada pelajar-pelajar sepanjang kem.
Diharapkan, pengalaman ini akan menjadi asas yang kukuh dalam pembentukan pemimpin-pemimpin muda yang berdaya saing, kreatif, dan bertanggungjawab di masa depan.
Lihat video pendek di bawah: