Latar Belakang Syarikat

TENTANG SYARIKAT

UPNM Holdings Sdn. Bhd adalah anak syarikat kepada Univesiti Pertahanan Nasional  Malaysia dan dinaiktraf dari UPNM Business Centre Sdn. Bhd. pada 29 Julai 2010 di  bawah Akta Syarikat 1965, (Syarikat No.909779−W)

UPNM Holdings Sdn Bhd ditubuhkan untuk menjalankan pelbagai bentuk perniagaan dan berdaya saing dalam pelbagai industri terutama dalam industri servis dan latihan kepimpinan.

UPNM Holdings Sdn Bhd juga adalah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan segala aset Universiti Pertahanan Nasional Malaysia seterusnya memajukan setiap cabang perniagaan yang, mengkomersialkan kajian universiti, menguruskan projek-projek khas dan menawarkan khidmat jururunding.

Kami sentiasa meletakkan keutamaan untuk membantu anda dengan perkhidmatan dan konsultansi yang menjadi kepakaran UPNM Holdings Sdn Bhd

OBJEKTIF PENUBUHAN