Konsultansi
Kami memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
UPNM Holdings menawarkan konsultansi kepada pihak kementerian, agensi kerajaan, pemain industri tempatan, universiti dan innovator untuk mengetengahkan produk inovasi mereka untuk dikomersialkan.
Selain itu, kami juga akan membantu dan memberi khidmat nasihat kepada klien terutamanya kepada mereka yang baru berjinak di dalam bidang pengurusan korperat dan bidang-bidang lain yang berkaitan. UPNM Holdings disokong oleh kumpulan pensyarah –pensyarah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang memiliki pengalaman dan juga pengetahuan yang luas di dalam bidang masing-masing. Dengan memiliki kumpulan pensyarah yang pakar dan staf sokongan yang proaktif, kami amat yakin yang kami mampu untuk memberi perkhidmatan kepada klien kami secara effektif ditambah dengan “value added” servis yang mampu membantu klien – klien kami.
- RAKAN STRATEGIK