Majlis berbuka puasa bersama staf-staf Kem Kongkoi
Pada 4 April 24 – majlis berbuka puasa diadakan dengan penuh keceriaan di Pusat Latihan dan Kempimpanan UPNM, sempena bulan Ramadan. Majlis ini dihadiri oleh En. Ros Sazalee Bin Selamat (Ketua Pegawai Operasi COO), Kapt Fazdlan Waridwan bin Mohd Jonikhir (B) (Eksekutif Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan) serta barisan staf-staf di Kem Kongkoi.
Tujuan utama majlis berbuka puasa ini adalah untuk memperingati bulan Ramadan dan mempereratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan staf-staf Kem Kongkoi. Majlis ini telah menjadi satu tradisi tahunan yang dinantikan oleh semua warga Kem Kongkoi sebagai waktu untuk berkumpul, berinteraksi, dan berkongsi kegembiraan dalam suasana kekeluargaan.
Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini, hubungan di antara staf-staf Kem Kongkoi akan terus terjalin rapat dan semangat kerja akan terus berkobar dalam menjalankan tugas masing-masing. Semoga tradisi ini akan terus dikekalkan dan menjadi satu penggerak motivasi bagi semua warga Kem Kongkoi untuk terus berusaha dan berkongsi kebahagiaan bersama-sama.